Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Kontrak Julai 2026 susut 12 mata kepada 1,725.5 mata, manakala kontrak Ogos 2026 turun 10.5 mata kepada 1,726.5 mata.

Kontrak September 2026 dan Disember 2026 masing-masing merosot 11 mata kepada 1,705 mata dan 1,707.5 mata.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,878 lot berbanding 7,348 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut sedikit kepada 47,482 kontrak daripada 47,501 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.16 mata atau 0.52 peratus kepada 1,722.29 mata berbanding paras penutup Jumaat lepas iaitu 1,731.45 mata.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner