BERITA TERKINI   Stratus Global Holdings Bhd mula disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.96, premium RM1.16 berbanding harga IPO 80 sen, dengan 29.18 juta saham diniaga | Tiga maut dalam nahas melibatkan lori lima tan yang merempuh treler di Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah awal pagi ini - Bomba Kelantan | 

BYD Sime Motors Lancar Cawangan BYD Certified Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- BYD Sime Motors hari ini melancarkan BYD Certified, program kenderaan terpakai yang diperakui secara rasmi oleh pengeluar kenderaan elektrik (EV) China itu, sekali gus menjadikannya penubuhan cawangan pertama BYD Certified di rantau Asia Pasifik. 

BYD Certified merupakan program peningkatan piawaian pemilikan EV terpakai di Malaysia, apabila semua kenderaan diperiksa secara profesional, disokong oleh penilaian kualiti bateri yang disahkan, perlindungan jaminan, penyelesaian kewangan dan sokongan selepas jualan. 

Pengarah Urusan BYD Malaysia Jacob Ma berkata program itu merupakan satu langkah penting bagi menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, berikutan peningkatan minat terhadap EV terpakai berkualiti yang disertai jaminan dan sokongan profesional, tatkala pasarannya terus berkembang. 

Ad Banner

“Menerusi BYD Certified, kami mengembangkan pengalaman pemilikan BYD kepada khalayak yang lebih meluas, sambil memperkukuhkan komitmen kami untuk menyokong pelanggan sepanjang perjalanan EV mereka, melangkaui kenderaan itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Sime Motors Adeline Lew berkata BYD Certified dibina berasaskan piawaian kualiti yang ketat dan pengesahan kenderaan yang telus. 

“Setiap BYD terpakai yang sudah diperakui akan menjalani pemeriksaan yang komprehensif oleh juruteknik terlatih dan disokong oleh rekod sejarah kenderaan yang disahkan, penilaian kualiti bateri dan perlindungan jaminan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

BYD Sime Motors pula menambah bahawa program itu diwujudkan berdasarkan lima tonggak jaminan kualiti, termasuk pemeriksaan 170 mata, had perbatuan dan usia kenderaan, sejarah kenderaan yang disahkan bersih, serta penggunaan alat ganti BYD yang tulen ketika pengubahsuaian.

Pada masa sama, pelanggan turut menikmati jaminan pembelian semula selama lima hari, sokongan pengedar jualan, servis dan alat ganti (3S) yang sah di seluruh negara serta platform pertukaran khusus untuk pemilik BYD sedia ada.

Oleh itu, pelanggan boleh mengunjungi cawangan BYD Certified di Sime Darby Auto Selection Glenmarie, untuk melihat model-model BYD terpakai yang terpilih dan diperakui. 

Ia turut menawarkan pengalaman sebagai pusat sehenti yang merangkumi pembelian kenderaan, pengesahan pensijilan, perkhidmatan tukar beli, penyelesaian pembiayaan, sokongan jaminan dan penjagaan selepas jualan. 

“Dengan kadar pembiayaan BYD Certified yang eksklusif dari serendah 2.03 peratus, BYD Certified menjadikan pemilikan EV yang berkualiti lebih mudah diakses sambil memperkukuh komitmen BYD Sime Motors untuk memberikan keyakinan, nilai dan keselesaan kepada pelanggan di seluruh Malaysia,” tambahnya. 

-- BERNAMA