BERITA TERKINI   PRN NS: Semua pihak harus berkempen secara sihat berasaskan idea dan fakta, bukan fitnah atau perbuatan khianat - Fahmi | PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 | 

OCBC Malaysia Dinobat Bank Terbaik PKS Untuk Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut. 

OCBC Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan anugerah tersebut mengiktiraf kedudukannya dalam sektor PKS melalui penyelesaian digital inovatif dan keupayaan pembiayaan yang membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, mengurus kos serta memacu pertumbuhan. 

Selain itu, selaras dengan pelaksanaan e-invois oleh kerajaan, bank itu menjadi institusi kewangan pertama di negara ini yang menyepadukan Portal MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus dengan platform perbankan perniagaan digitalnya, OCBC Velocity. 

Ad Banner

Langkah itu membolehkan tempoh pemprosesan bagi kelulusan dan penyerahan pinjaman modal kerja dikurangkan melebihi 50 peratus, sekali gus membolehkan PKS mengakses dana dengan lebih pantas.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Sedang Berkembang OCBC Malaysia, Chan Kok Leong berkata pengiktirafan itu mencerminkan kepercayaan kukuh yang diberikan oleh sektor PKS terhadap perkhidmatan bank itu. 

“Dalam kesungguhan syarikat perniagaan mengharungi persekitaran operasi dinamik, kami kekal komited untuk menyokong cita-cita pertumbuhan mereka menerusi penyelesaian pembiayaan tersesuai, risikan pasaran dan keterhubungan serantau yang membolehkan mereka merebut peluang dengan penuh yakin,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa sama, inisiatif bank itu turut disokong menerusi Program Usahawan Bersiri yang menyediakan penyelesaian perbankan tersesuai bagi pemilik perniagaan yang menguruskan beberapa syarikat, dengan pembiayaan yang telah disalurkan setakat ini sebanyak lebih RM2 bilion.

Dalam pada itu, platform perbendaharaan digitalnya, FX Online pula telah menyelaraskan transaksi mata wang asing melebihi US$1.3 bilion pada 2025 bagi menyokong PKS yang mengembangkan perniagaan di rantau ASEAN dan China Raya. 

Anugerah FinanceAsia yang kini memasuki edisi ke-30 mengiktiraf kecemerlangan institusi kewangan di seluruh Asia dari segi prestasi, inovasi, kepimpinan, perkhidmatan pelanggan dan daya tahan perniagaan. 

-- BERNAMA