BERITA TERKINI   MB Johor hari ini umum pelantikan 10 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri | 

Kerajaan Selaras Hala Tuju Pelaburan GLIC, Dana Awam Menerusi GEAR-uP, MKD

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyelaras hala tuju pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dana awam menerusi dasar pembangunan negara yang jelas, mekanisme GEAR-uP serta peranan strategik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata penyelarasan itu dilaksanakan tanpa menjejaskan mandat pelaburan, tadbir urus dan tanggungjawab fidusiari setiap institusi.

"Kemajuan penuh program ini akan dilaporkan secara menyeluruh dalam dan telus dalam laporan kemajuan GEAR-up yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Ad Banner

"Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan modal institusi negara membawa keupayaan yang kekal iaitu industri yang mampan, syarikat yang berdaya saing dan kehidupan rakyat yang lebih terjamin," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar mengenai dasar dan mekanisme kerajaan dalam menyelaras hala tuju pelaburan GLIC dan dana awam selaras dengan keutamaan pembangunan negara.

Bagi menjawab soalan tambahan Rosni mengenai mekanisme memastikan pelaburan GLIC turut memberi manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Liew berkata kerajaan berharap program GEAR-uP serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dapat membangunkan industri yang lebih mampan dan dinamik dalam jangka panjang.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata kerajaan berhasrat memanfaatkan pelaburan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di samping menarik penyertaan dana serta pelaburan tempatan dan asing (crowding in), bagi membolehkan Malaysia membangunkan teknologi sendiri.

"Walaupun bukan teknologi yang paling canggih, kita mahu menjadi indispensable middle dalam global supply chain dengan memegang choke point serta membangunkan industri dan teknologi sendiri. Dengan itu, kita dapat memperkukuh keseluruhan ekosistem, termasuk membantu PMKS tempatan," katanya.

-- BERNAMA