BERITA TERKINI   PRN NS: Semua pihak harus berkempen secara sihat berasaskan idea dan fakta, bukan fitnah atau perbuatan khianat - Fahmi | PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini, manakala harga minyak mentah yang melonjak dan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat menyebabkan sentimen pasaran kekal berhati-hati, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sembilan mata atau 0.52 peratus kepada 1,711.37 daripada 1,720.37 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Indeks itu dibuka rendah 0.53 kepada 1,719.84 dan bergerak antara 1,709.15 dan 1,721.31 semasa sesi dagangan itu.

 Di pasaran secara menyeluruh, sebanyak 590 kaunter rugi mengatasi 450 kaunter untung manakala 596 kaunter tidak berubah, 1,111 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.43 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 3.48 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, pasaran serantau ditutup bercampur-campur berikutan sentimen kekal rapuh, dengan harga minyak mentah melonjak terus menjejaskan minat risiko selepas pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran mengancam untuk meluaskan konflik di Asia Barat.

Minyak mentah Brent naik melebihi US$94 setong selepas dua kapal tangki membawa minyak mentah Arab Saudi dilaporkan berpatah balik di Laut Merah, sekali gus menekankan risiko gangguan yang semakin memuncak terhadap laluan perkapalan serantau, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Di peringkat tempatan, beliau memberitahu Bernama bahawa penurunan baru-baru ini merupakan konsolidasi yang sihat susulan kenaikan kukuh FBM KLCI daripada sekitar 1,655 kepada 1,735.

"Penjualan mungkin menawarkan peluang belian saham pada harga rendah bagi saham bermodal besar yang mempunyai asas kukuh, terutamanya apabila asas tempatan berdaya tahan serta kemasukan semula dana asing terus menyokong pemulihan lebih luas.

"Bagaimanapun, ketidakpastian geopolitik dan harga minyak yang tidak menentu dijangka menyebabkan sentimen dagangan kekal berhati-hati," katanya.

Sehubungan itu, Thong mengunjurkan indeks penanda aras kekal berlegar dalam julat antara 1,705 dan 1,730 untuk baki minggu ini, dengan minat terpilih berkemungkinan tertumpu pada kaunter perbankan, tenaga, perladangan dan kaunter defensif yang lain.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut lapan sen kepada RM10.94, Public Bank merosot lima sen kepada RM5.15, Tenaga Nasional berkurangan 28 sen kepada RM14.28, CIMB turun dua sen kepada RM7.66, dan IHH Healthcare menguncup 17 sen kepada RM8.33.

Bagi saham aktif, Aimax dan Nextgram Holdings naik setengah sen masing-masing kepada 1.5 sen dan 4.5 sen, dan Aimflex menambah tiga sen kepada 12 sen. Zetrix AI susut 1.5 sen kepada 71.5 sen, dan Tanco Holdings berkurangan satu sen kepada 30.5 sen. 

Saham paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries naik 92 sen kepada RM47.76, United Plantations menambah 30 sen kepada RM34.04, Petronas Gas meningkat 28 sen kepada RM17.68, and Kesm Industries melonjak 17 sen kepada RM4.25.

Nestle mendahului saham paling rugi, susut RM1.60 kepada RM91.52, Hong Leong Industries turun 44 sen kepada RM18.00, Batu Kawan merosot 40 sen kepada RM20.90, dan UMS Integration menguncup 29 sen to RM7.90.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah merosot 46.76 mata kepada 12,497.69, Indeks FBM Emas turun 53.80 mata kepada 12,655.96, Indeks FBM Top 100 susut 58.57 mata kepada 12,696.03, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 51.96 mata kepada 17,956.81 dan Indeks FBM ACE susut 5.84 mata kepada 4,961.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 93.02 mata kepada 20,207.11, Indeks Perladangan turun 35.77 mata kepada 9,321.24, bagaimanapun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.12 mata kepada 188.36, dan Indeks Tenaga meningkat 4.01 mata kepada 774.41.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 1.94 bilion unit bernilai RM2.22 bilion daripada 1.86 bilion unit bernilai RM2.48 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 670.20 juta unit bernilai RM130.98 juta daripada 1.11 bilion unit bernilai RM138.80 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 520.43 juta unit bernilai RM151.15 juta daripada 496.93 juta unit bernilai RM171.87 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 151.97 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (427.01 juta), pembinaan (97.06 juta), teknologi (693.81 juta), perkhidmatan kewangan (70.93 juta), hartanah (197.46 juta), perladangan (30.53 juta), amanah pelaburan hartanah (13.16 juta), dana tertutup (8,400), tenaga (118.43 juta), penjagaan kesihatan (55.90 juta), telekomunikasi dan media (19.05 juta), pengangkutan dan logistik (28.02 juta), utiliti (36.35 juta), dan amanah perniagaan (9,600).

-- BERNAMA