BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini.

Pada 9.55 pagi, kontrak Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,714.5 dan 1,698.0, manakala kontrak Ogos 2026 turun 4.5 mata kepada 1,713.5 dan September 2026 berkurangan dua mata kepada 1,694.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,917 lot, sementara kepentingan terbuka berjumlah 41,795 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.11 pagi, FBM KLCI meningkat 3.42 mata kepada 1,714.79 daripada paras 1,711.37 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner