BERITA TERKINI   Kontinjen Malaysia sasar enam emas, 10 perak dan 18 gangsa di Sukan Para Asia Aichi Nagoya 2026 - CDM | Kontinjen Malaysia sasar enam emas, tujuh perak dan 20 gangsa di Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 - CDM | Reformasi pendanaan politik berkait secara langsung dengan pengukuhan integriti demokrasi, akauntabiliti dan keyakinan rakyat - Azalina | Pendanaan politik boleh buka ruang kepada konflik kepentingan, salahguna kuasa, rasuah dan pengaruh tidak wajar tanpa kerangka yang jelas - Azalina | DEB legasi penting Tun Razak, bukan dasar untungkan golongan elit, kroni - PM Anwar | 
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah pada Jumaat ketika pelabur menunggu pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada minggu depan.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semasa Julai 2026 turun kepada US$4,054.50 setiap auns troy daripada US$4,091.50 setiap auns troy semalam, Ogos 2026 berkurangan kepada US$4,074.20 setiap auns troy daripada US$4,111.80 setiap auns troy dan September 2026 menguncup kepada US$4,087.00 setiap auns troy daripada US$4,125.20 setiap auns troy.

Oktober 2026 dan Disember 2026 berkurangan kepada US$4,117.50 setiap auns troy daripada US$4,155.70 setiap auns troy sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 134 lot daripada 156 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 210 kontrak daripada 225 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,044.90 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 23 Julai 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner