Niaga Hadapan KLCI Dijangka Dalam Julat 1,690 Hingga 1,720 Minggu Depan
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun dalam julat 1,690 hingga 1,720, kata seorang penganalisis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur akan terus memantau perkembangan di Asia Barat, harga minyak mentah dan kesan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menjejas sentimen pasaran.
“Minat belian dijangka kekal terpilih, dengan saham tenaga dan ladang disokong oleh harga komoditi yang lebih tinggi, manakala sektor defensif seperti utiliti dan telekomunikasi mungkin terus menarik minat dalam persekitaran persekitaran pasaran yang tidak terjamin.” katanya kepada Bernama.
Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya tinggi.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Julai 2026 susut 35.0 mata kepada 1,702.0, Ogos 2026 merosot 34.5 mata kepada 1,702.5, September 2026 dan Disember 2026 berkurangan 34 mata masing-masing kepada 1,682.0 dan 1,684.5.
Jumlah dagangan mingguan susut kepada 38,614 lot daripada 39,884 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 51,094 kontrak daripada 47,501 kontrak sebelum ini.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks barometer menguncup 30.43 mata kepada 1,702.02 daripada 1,731.45 minggu sebelumnya.
-- BERNAMA