BERITA TERKINI   PM Anwar gesa anak muda tolak politik kebencian, bersatu dan tingkatkan kemahiran demi masa depan negara | PM Anwar yakin Kabinet setuju cadangan dedah laporan RCI Lembaga Tabung Haji kepada umum | Sultan Terengganu berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti dijadualkan - Pejabat Sultan Terengganu | Enam maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, Pahang awal pagi tadi - Bomba | 

Kontrak Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, dengan harga minyak mentah menjadi pemacu utama di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas kekal berkorelasi songsang dengan harga minyak dalam persekitaran semasa. 

Ad Banner

“Jika harga minyak meningkat lebih tinggi, emas berkemungkinan akan berada di bawah tekanan, manakala penurunan harga minyak mentah sepatutnya memberi sokongan kepada logam berharga itu.

“Bagaimanapun, nampaknya terdapat sokongan struktur pada sekitar paras US$4,000 setiap auns troy,” katanya kepada Bernama. 

Inness berkata bank pusat China masih membeli emas pada Mei, dan timbul keraguan bahawa permintaan sektor rasmi kekal sebagai salah satu sumber sokongan utama pasaran. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagi minggu depan, saya menjangkakan emas diniagakan dalam julat antara US$4,010 hingga US$4,110 setiap auns troy,” katanya. 

Bagi asas minggu ke minggu, kontrak semerta Julai 2026 meningkat kepada US$4,054.50 setiap auns troy pada Jumaat daripada US$4,003.50 setiap auns troy sebelumnya, Ogos 2026 menambah kepada US$4,074.20 setiap auns troy daripada US$4,021.70 setiap auns troy, dan kontrak September 2026 mengukuh kepada US$4,087.00 setiap auns troy daripada US$4,034.70 setiap auns troy. 

Kontrak Oktober dan Disember 2026 mengukuh kepada US$4,117.50 setiap auns troy daripada US$4,065.20 pada akhir minggu sebelumnya. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 626 lot daripada 450 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 210 kontrak semalam berbanding 202 kontrak pada seminggu sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,044.90 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 23 Julai 2026. 

-- BERNAMA