BERITA TERKINI   PM Anwar yakin Kabinet setuju cadangan dedah laporan RCI Lembaga Tabung Haji kepada umum | Sultan Terengganu berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti dijadualkan - Pejabat Sultan Terengganu | Enam maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, Pahang awal pagi tadi - Bomba | 

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan apabila pelabur terus memantau perkembangan di Asia Barat, harga minyak mentah dan petunjuk daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang mengenai prospek kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata cadangan tarif buruh paksa terbaharu antara 10 peratus dan 12.5 peratus oleh Presiden AS, Donald Trump akan mempengaruhi sentimen pasaran, apabila pelabur menilai kesannya terhadap perdagangan global, rantaian bekalan dan ekonomi berasaskan eksport.

Ad Banner

“Kepimpinan sektor dijangka beralih daripada sektor pertumbuhan taktikal kepada bidang yang lebih defensif seperti penjagaan kesihatan, komoditi serta minyak dan gas, apabila pelabur mencari daya tahan pendapatan untuk menghadapi turun naik pasaran.

“Selagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di atas paras 1,695 hingga 1,700, kami percaya trend peningkatan secara keseluruhan kekal kukuh, walaupun kenaikan jangka pendek dijangka kekal terkawal apabila pelabur menunggu kejelasan daripada perkembangan ekonomi utama dan situasi geopolitik,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 30.43 mata kepada 1,701.02 daripada 1,731.45 minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Indeks FBM 70 naik 115.91 mata kepada 17,890.83, Indeks FBM ACE menambah 47.72 mata kepada 4,926.87, Indeks FBM Emas susut 129.55 mata kepada 12,589.54, Indeks FBMT 100 turun 145.60 mata kepada 12,411.96 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 38.22 mata kepada 12,444.25.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 182.79 mata kepada 9.300.98, Indeks Tenaga naik 7.55 mata kepada 773.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 478.25 mata kepada 20,057.11 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.13 mata kepada 187.86.

Jumlah dagangan susut kepada 16.43 bilion unit bernilai RM12.09 bilion daripada 17.82 bilion unit bernilai RM13.68 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 9.01 bilion unit bernilai RM10.72 bilion daripada 9.22 bilion unit bernilai RM12.10 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran turun kepada 4.94 bilion unit bernilai RM621.21 juta daripada 5.73 bilion unit bernilai RM711.62 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 2.44 bilion unit bernilai RM741.42 juta daripada 2.86 bilion unit bernilai RM862.68 juta pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA