BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Gantung Dagangan Sekuriti BHIC Pada 7 Ogos

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia akan menggantung dagangan sekuriti Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bermula 9 pagi pada Jumaat, 7 Ogos 2026 untuk memudahkan pelaksanaan pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik oleh syarikat itu.

Menurut Bursa Malaysia, langkah itu akan dilaksanakan mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat 2016.

Bursa Malaysia turut menasihatkan pelabur untuk merujuk kepada pengumuman BHIC bertarikh 24 Julai 2026 dan notis kepada pemegang saham dan pemegang saham keutamaan boleh tukar boleh tebus bertarikh 27 Julai 2026 untuk maklumat lanjut.

Ad Banner

Pada 12.30 tengah hari, saham BHIC meningkat satu sen kepada 48 sen, dengan 37,600 saham diniagakan.

-- BERNAMA


 

Ad Banner
Ad Banner