Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Jualan Besar Saham Teknologi Serantau
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan jualan besar-besaran saham teknologi di pasaran serantau susulan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) Nvidia dilaporkan berbincang dengan OpenAI untuk membantu membiayai dana sokongan bernilai US$250 bilion.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.24 mata kepada 1,712.85 berbanding 1,713.09 semasa ditutup semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.14 mata kepada 1,711.95, sebelum turun naik antara 1,703.83 dan 1,713.25 semasa sesi dagangan pagi.
Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 691 berbanding 252 manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,364 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.66 bilion saham bernilai RM1.19 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama, perkembangan terkini mengenai Nvidia telah menyebabkan prestasi pasaran serantau perlahan, dengan indeks KOSPI Korea Selatan menyusut 9.72 peratus kepada 6,098.95 mata dan indeks Nikkei Jepun merosot 3.89 peratus kepada 62,407.25 mata.
Selain itu, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.11 peratus kepada 25,178.21 mata, Indeks Komposit SSE Shanghai turun 0.98 peratus kepada 3,820.52 mata, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.21 peratus kepada 5,608.54 mata manakala Indeks Komposit IDX Indonesia merosot 0.04 peratus kepada 6,183.16 mata.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals susut 13 sen kepada RM4.62, 99 Speedmart turun sembilan sen kepada RM3.61, Sunway Healthcare dan Axiata masing-masing merosot empat sen kepada RM1.91 dan RM1.94 manakala IOI Corporation rendah enam sen kepada RM4.39.
Bagi saham aktif, V.S Industry dan SNS Network Technology masing-masing turun satu sen kepada 22 sen dan 55 sen, Dagang Exchange susut dua sen kepada 43 sen manakala Tanco meningkat setengah sen kepada 25 sen.
Antara kaunter paling untung, Nestle meningkat 48 sen kepada RM91.78, Ideal Capital melonjak 25 sen kepada RM4.00, Tenaga Nasional mengukuh 20 sen kepada RM14.66, Dutch Lady Milk Industries naik 18 sen kepada RM32 dan KLCC Property & REITs meningkat 16 sen kepada RM8.85.
Malaysian Pacific Industries mendahului senarai kaunter rugi apabila rendah RM2.12 kepada RM43.94, UMS Integration susut 58 sen kepada RM7.32, Batu Kawan turun 48 sen kepada RM20.70, Allianz merosot 28 sen kepada RM21.02 dan Kelington turun 24 sen kepada RM7.97.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.97 mata kepada 12,644.21, Indeks FBMT 100 turun 12.93 mata kepada 12,478.73 manakala Indeks FBM Mid 70 berkurangan 66.32 mata kepada 17,903.70.
Indeks FBM Emas Shariah susut 30.02 mata kepada 12,456.84 dan Indeks FBM ACE menyusut 56.08 mata kepada 4,862.79.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 5.05 mata kepada 764.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.43 mata kepada 185.41 dan Indeks Perladangan rendah 60.38 mata kepada 9,224.13 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.71 mata kepada 20,246.38.
-- BERNAMA