BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Di COMEX

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi rendah di Bursa Komoditi New York (Comex).

Pada akhir dagangan, Ogos 2026 turun kepada US$4,067.70 setiap auns troy daripada US$4,067.90 Jumaat lepas, dan September 2026 berkurangan kepada US$4,079.80 setiap auns troy daripada US$4,080.

Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing berkurangan kepada US$4,092.80 setiap auns troy daripada US$4,110.50.

Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 116 lot daripada 291 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 181 kontrak daripada 359 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,026.60 setiap auns troy ketika penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 31 Julai, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner