Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.
Kontrak September 2026 rendah 11 mata kepada 1,643.0, Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 9.5 mata kepada 1,642.5 dan 1,649.5 manakala Mac 2027 berkurangan lapan mata kepada 1,635.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,670 lot daripada 7,468 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 48,164 kontrak daripada 47,713 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 9.18 mata atau 0.54 peratus kepada 1,665.56 daripada 1,674.74 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA