BERITA TERKINI   Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Indeks Harga Rumah Malaysia pada suku pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada suku pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Pertumbuhan KDNK Suku Kedua Indonesia Berkembang 5.29 Peratus

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 5 Ogos (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang sebanyak 5.29 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2026 selepas dipacu oleh pembuatan di bahagian pengeluaran dan penggunaan isi rumah dari segi perbelanjaan.

Timbalan Analisis Perangkaan dan Akaun Nasional Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS) M Edy Mahmud berkata KDNK pada harga semasa mencecah 6,552.1 trilion rupiah (1 juta rupiah = RM227.10), manakala KDNK pada harga tetap berjumlah 3,576.2 trilion rupiah.

Ad Banner

“Ekonomi Indonesia pada suku kedua 2026 berkembang 5.29 peratus dari tahun ke tahun dan pertumbuhan ini adalah lebih tinggi berbanding 5.12 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2025,” katanya semasa sidang media pada Rabu.

M Edy berkata ekonomi juga melonjak 3.73 peratus dari suku ke suku tahun, manakala pertumbuhan kumulatif dalam separuh pertama 2026 telah mencecah 5.45 peratus berbanding dengan suku yang sama tahun sebelumnya.

Dari segi pengeluaran, pembuatan kekal sebagai sumber pertumbuhan terbesar, ia menyumbang 0.90 mata peratusan selepas berkembang 4.52 peratus dari tahun ke tahun dan menyangga 18.50 peratus daripada KDNK.

Ad Banner
Ad Banner

“Dari segi perbelanjaan, penggunaan isi rumah merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi, naik 5.06 peratus dari tahun ke tahun, memberikan 2.67 mata peratusan kepada pertumbuhan dan menyumbang 53.32 peratus daripada KDNK,” katanya.

Menurut M Edy, pembentukan modal tetap kasar menyumbang 2.06 mata peratusan kepada pertumbuhan ekonomi, manakala penggunaan kerajaan memberikan 1.07 mata peratusan, manakala eksport bersih berkurangan sebanyak 0.78 mata peratusan.

Semua sektor perniagaan mencatatkan pertumbuhan dari tahun ke tahun yang positif pada suku kedua kecuali perlombongan.

“Aktiviti perdagangan didorong oleh pengagihan barangan yang lebih tinggi berikutan peningkatan bekalan daripada sektor pertanian dan pembuatan serta import, selain jualan kereta termasuk motosikal yang lebih kukuh, khususnya kenderaan komersial,” katanya.

M Edy menambah, perdagangan menyumbang 0.83 mata peratusan kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan, diikuti pembinaan pada 0.62 mata peratusan, manakala, maklumat dan komunikasi pada 0.48 mata peratusan.

 

-- BERNAMA