Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.
Pada 9.33 pagi, kontrak Ogos 2026, September 2026 dan Disember 2026 susut empat mata masing-masing kepada 1,722.0, 1,701.0 dan 1,702.5, manakala Mac 2027 merosot 3.5 mata kepada 1,685.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1, 283 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,006 kontrak.
Pada 9.59 pagi, FBM KLCI berkurangan 0.21 mata kepada 1,727.18 daripada 1,727.39 semasa ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA