Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Geopolitik, Pertumbuhan Global
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.50 mata kepada 1,725.89 daripada paras penutup 1,727.39 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah susut 0.45 mata kepada 1,726.94, dan turun naik antara paras 1,722.16 dan 1,731.45 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 625 berbanding 559, manakala 548 kaunter tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 27 digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 3.45 bilion unit bernilai RM2.74 bilion daripada 3.50 bilion unit bernilai RM2.59 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perkembangan terkini di Asia Barat telah mencetuskan semula keraguan terhadap prospek perjanjian damai di rantau itu.
Beliau berkata situasi itu telah membuatkan pelabur berhati-hati terhadap potensi kesannya ke atas harga tenaga dan kestabilan serantau.
“Di Bursa Malaysia, saham perbankan menerajui penurunan dan kekal menjadi penghalang utama indeks petunjuk pasaran.
"Ini mencerminkan pegangan berhati-hati dalam kaunter permodalan besar dalam suasana global yang lebih mencabar," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM10.58, Public Bank turun tiga sen kepada RM5.10, CIMB Group berkurangan lapan sen kepada RM7.87, IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM8.14, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.48.
Dalam kalangan saham paling aktif, JAKS Resources meningkat tiga sen kepada 13.5 sen, Zetrix AI dan Key ASIC masing-masing tidak berubah pada 72 sen dan 7.5 sen, HE Group melonjak 13.5 sen kepada 88 sen, dan NationGate Holdings turun dua sen kepada RM1.49.
Dalam kalangan saham paling untung, UMS Integration meningkat 42 sen kepada RM8.88, Nestle naik 30 sen kepada RM103.00, Hong Leong Bank melonjak 24 sen kepada RM22.74, PPB Group menambah 20 sen kepada RM9.60, dan UWC menokok 18 sen kepada RM6.88.
Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 50 sen kepada RM47.00, Kuala Lumpur Kepong turun 24 sen kepada RM21.56, Petronas Gas berkurangan 20 sen kepada RM17.22, Kelington Group menyusut 16 sen kepada RM8.54 dan AMMB Holdings merosot 15 sen kepada RM7.20.
Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 29.07 mata kepada 5,323.85 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 17.27 mata kepada 12,646.50.
Indeks FBM Emas susut 6.28 mata kepada 12,809.16, Indeks FBMT 100 berkurangan 9.08 mata kepada 12,617.18, dan Indeks FBM 70 turun 5.34 mata kepada 18,287.85.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.74 mata kepada 187.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 86.31 mata kepada 20,249.71, Indeks Tenaga berkurangan 1.84 mata kepada 777.62, dan Indeks Perladangan turun 13.78 mata kepada 9,313.62.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.75 bilion unit bernilai RM2.36 bilion daripada 1.80 bilion unit bernilai RM2.23 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 957.50 juta unit bernilai RM1.31 bilion daripada 903.76 juta unit bernilai RM128.03 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 733.67 juta unit bernilai RM254.52 juta daripada 791.17 juta unit bernilai RM237.96 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 176.51 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (380.46 juta), pembinaan (242.18 juta), teknologi (371.95 juta), perkhidmatan kewangan (80.48 juta), hartanah (140.03 juta), perladangan (35.84 juta), amanah pelaburan hartanah (21.37 juta), dana tertutup (575,300), tenaga (77.22 juta), penjagaan kesihatan (55.06 juta), telekomunikasi dan media (60.38 juta), pengangkutan dan logistik (60.50 juta), utiliti (52.44 juta), dan amanah perniagaan (110,000).
-- BERNAMA