BERITA TERKINI   GP Gulf Air Bahrain: Max Verstappen dari Red Bull Racing raih petak utama dengan catatan 1 minit 35.130 saat | Projek Wi-Fi IPTA: 1,925 titik akses beroperasi di USM setakat 30 Sept - Teo | Projek Wi-Fi IPTA capai 76 peratus, 408 lokasi siap dilaksana - Teo | PM Anwar beri bayangan umum peruntukan khusus untuk belia dalam Belanjawan 2027 | Jangan pertahan pemimpin rasuah atas sentimen kaum, parti - PM Anwar | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu susulan kenaikan di pasaran serantau dengan ketidaktentuan berhubung perang Amerika Syarikat (AS)-Iran menjejaskan sentimen, menurut seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat, disokong oleh kenaikan harga getah butadiena, iaitu sejenis getah sintetik.

Ad Banner

“Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran hujan lebat dan banjir kilat dari 18 hingga 21 Ogos akan menimbulkan kebimbangan mengenai potensi gangguan kepada aktiviti menoreh getah dan bekalan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran getah juga turut disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Bagaimanapun, beliau menambah kenaikan itu dihadkan oleh data ekonomi AS yang rendah hingga menimbulkan kebimbangan terhadap aktiviti perindustrian global, di samping ketidaktentuan yang berterusan berhubung perang AS-Iran dan pembukaan semula Selat Hormuz.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 14 sen kepada 928.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut 1.5 sen kepada 684.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA