BERITA TERKINI   Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | 

JETRO Akan Pertingkat Akses Syarikat Jepun Kepada Pasaran Halal Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur akan melaksanakan Program Malaysia Halal Market Buyer Discovery Halal Market dan Pemadanan Perniagaan Pasaran untuk meningkatkan keterlihatan syarikat Jepun serta mewujudkan peluang perniagaan dalam pasaran halal Malaysia.

JETRO dalam satu kenyataan hari in memaklumkan bahawa program tersebut akan membantu syarikat Jepun menembusi pasaran Muslim dengan memanfaatkan alat digital, memandangkan pasaran halal dijangka terus berkembang di Asia Tenggara.

Program itu akan dilaksanakan melalui tiga langkah, termasuk menubuhkan Pavilion Jepun dalam talian di DagangHalal.com bagi menghubungkan syarikat Jepun dengan pembeli produk halal di Asia Tenggara.

Ad Banner

Ia juga akan menyediakan sokongan pencarian pembeli dan pemadanan perniagaan untuk syarikat Jepun melalui teknologi digital, termasuk alat sokongan jualan dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

“JETRO merancang untuk melancarkan projek rintis bermula September, 2026 dengan menggunakan alat sokongan jualan dikuasakan AI yang khusus untuk perniagaan eksport bagi mengukuhkan peluang pemerolehan pembeli dan pemadanan perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Langkah ketiga melibatkan sesi rangkaian pembeli bagi menyokong peluasan syarikat Jepun dalam sektor halal, dengan JETRO dan DagangHalal.com menganjurkan sesi tersebut di Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Semasa sesi itu, produk yang memperoleh pensijilan halal daripada syarikat mengambil bahagian akan dipamerkan menerusi gabungan platform dalam talian dan luar talian bagi memudahkan perbincangan perniagaan serta peluang pemadanan.

-- BERNAMA