BERITA TERKINI   AKPS sita 637 tan biji koko dari Uganda bernilai RM11.8 juta di Pelabuhan Pasir Gudang Sabtu lepas | PM Anwar ucap tahniah, syabas kepada Harimau Malaya rangkul tempat ketiga saingan Piala ASEAN FIFA 2026 | Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | 

Unit Bintai Kinden Peroleh Kontrak Projek Pembangunan Di Ayer Keroh Daripada PLUS

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.

Bintai Kinden dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan tanah itu diperuntukkan untuk pembangunan kediaman dan komersial dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM296.54 juta.

"Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Mac 2029 dan seterusnya," maklum syarikat itu.

Ad Banner

Setakat 30 Jun, 2026, Bintai Kinden mempunyai nilai perolehan projek bernilai kira-kira RM61.69 juta di bawah segmen mekanikal dan elektrikal dan RM119.60 juta di bawah segmen pembinaan.

Kumpulan itu juga mengambil bahagian dalam tender baharu merentasi kedua-dua segmen, dengan bidaan bernilai RM2.08 bilion yang kini sedang dinilai dan menunggu keputusan daripada pihak pemberi masing-masing.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner