BERITA TERKINI   Belanjawan 2027 terus beri tumpuan ringankan beban, lindungi rakyat, buka peluang dan pastikan manfaat pembangunan yang lebih adil - PM Anwar | Belanjawan MADANI ke-5 berpaksikan tekad jelas bahawa ekonomi negara perlu terus diperkukuh, pertumbuhan diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik - PM Anwar | Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Kontrak Ogos 2026 turun 7.5 mata kepada 1,743.5; September 2026 susut 13 mata kepada 1,723.0, manakala kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 berkurangan 10 mata masing-masing kepada 1,727.0 dan 1,710.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 52,147 lot daripada paras penutup 111,565 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 104,433 kontrak daripada 159,186.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 6.82 mata kepada 1,741.72 daripada paras penutup 1,748.54 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner