BERITA TERKINI   Bot bertembung di Mersing: Dua maut, tujuh cedera masih dirawat - Polis | Dua kertas siasatan dibuka berhubung perlanggaran bot penumpang di Mersing yang mengorbankan dua nyawa - Polis | Sejumlah 14 MoU bernilai RM1.49 bilion ditandatangani pada pembukaan MAHA Trade Days 2026 - Menteri Pertanian | KPKM fokus peruntukan menghadapi fenomena El-Nino dalam Belanjawan 2027 - Mohamad Sabu | MAHA Trade Days 2026 sasar RM8 bilion komitmen pelaburan, perdagangan - Menteri Pertanian | 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, menjejaki prestasi negara serantau yang lebih lemah dalam persekitaran ketegangan geopolitik antara AS dan Iran yang memuncak.

Pada 12.30 tengahari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 17.83 mata atau 1.03 peratus kepada 1,708.05 daripada 1,725.88 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 1.61 mata lebih tinggi pada 1,727.49.

Ad Banner

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 909 berbanding 300 dengan 394 kaunter tidak berubah, 1,178 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.69 bilion unit bernilai RM2.30 bilion.

Apex Securities Bhd dalam nota penyelidikan hari ini memaklumkan bahawa sentimen serantau bertukar kepada bersifat defensif sepanjang cuti hujung minggu yang panjang selepas serangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhampiran Selat Hormuz menyebabkan harga minyak melonjak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kenyataan dilihat cenderung untuk menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole meningkatkan jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah akan berlaku pada September.

“Pelabur juga akan memberi tumpuan kepada minggu yang akan mengumumkan data, diterajui oleh senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat,” menurut kenyataan itu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 12 sen kepada RM10.56, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.94, CIMB Group merosot 11 sen kepada RM7.85, Tenaga Nasional turun 32 sen kepada RM13.82, dan IHH Healthcare menguncup sembilan sen kepada RM8.16.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI susut 2.5 sen kepada 27 sen, Excel Force MSC menambah lima sen kepada 14 sen, Tanco susut satu sen kepada 17.5 sen, manakala Ni Hsin Group menambah 2.5 sen kepada 22 sen, dan Inari Amertron meningkat enam sen kepada RM2.62.

Antara saham paling rugi, Hengyuan Refining naik 58 sen kepada RM2.53, Dutch Lady Milk Industries meningkat 42 sen kepada RM31.80, Hong Leong Bank menambah 30 sen kepada RM23.80, Sarawak Oil Palms melonjak 20 sen kepada RM5.55, dan Hibiscus Petroleum menokok 14 sen kepada RM2.19.

Bagi saham paling rugi, Nestle turun RM1.10 kepada RM99.00, Malaysian Pacific Industries susut 78 sen kepada RM40.78, Kelington Group berkurangan 36 sen kepada RM8.84, RHB Bank menguncup 34 sen kepada RM8.34, dan UWC merosot 26 sen kepada RM6.64.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 118.97 mata kepada 12,645.66, Indeks FBMT 100 berkurangan 119.93 mata kepada 12,454.92 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 117.45 mata kepada 12,434.64, Indeks FBM 70 merosot 129.68 mata kepada 17,917.21 dan Indeks FBM ACE jatuh 75.99 mata kepada 5,173.39.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 9.78 mata kepada 788.16, Indeks Perladangan meningkat 21.10 mata kepada 9,330.76, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 170.63 mata kepada 20,072.84 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 3.32 mata kepada 185.95.

-- BERNAMA