BERITA TERKINI   Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | 

MNRB Holdings Tubuh Program Kertas Komersial Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menubuhkan program kertas komersial (CP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal bagi mengumpul dana untuk modal kerja, pelaburan, perbelanjaan modal dan tujuan korporat lain kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan ia telah mengemukakan maklumat dan dokumen yang berkaitan bagi cadangan program CP berkenaan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 1 Sept, 2026 di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan.

Menurut MNRB Holdings, program CP selama tujuh tahun itu membolehkan syarikat menerbitkan CP dari semasa ke semasa tertakluk kepada nilai nominal maksimum RM500 juta.

Ad Banner

Terbitan pertama CP dikehendaki dibuat dalam tempoh 90 hari perniagaan dari tarikh penyerahan atau mana-mana tempoh lain yang ditetapkan oleh SC.

CP tersebut akan mempunyai tempoh antara satu sehingga 12 bulan dengan syarat ia matang sebelum tamat tempoh program berkenaan.

RAM Rating Services Bhd menetapkan penarafan kredit jangka pendek P1 bagi program itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

MNRB Holdings menyatakan bahawa hasil daripada terbitan CP berkenaan akan digunakan untuk modal kerja am, pelaburan strategik dan/atau am, perbelanjaan modal, pembiayaan semula, tujuan korporat am yang lain, dan/atau perbelanjaan berkaitan program CP tersebut.

-- BERNAMA