BERITA TERKINI   Piala FA: Kelantan City 2-0 Negeri Sembilan | Piala FA: Melaka 0-1 Penang | Piala FA: Sabah 2-2 Selangor | iQIYI dan penerbit mohon maaf, setuju tarik sementara drama 'Madu atau Racun' untuk disunting semula - CEO FINAS | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu disebabkan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya dan eksport minyak sawit yang lebih lemah baru-baru ini.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng memberitahu Bernama bahawa harga MSM dijangka kekal di paras sokongan melebihi RM4,900 setan, dengan paras rintangan pada RM5,050 setan.

Ad Banner

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM diniagakan lebih rendah sebelum mengurangkan sebahagian penurunan untuk ditutup bercampur-campur apabila pengambilan untung dan jangkaan bekalan yang meningkat dalam tempoh terdekat menekan pasaran.

Bagaimanapun, permintaan eksport fizikal yang dijangka lebih kukuh khususnya dari India, membantu mengehadkan penurunan harga, tambahnya.

Beliau berkata pembeli dari India sedang meningkatkan stok menjelang musim perayaan pada November, manakala minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding minyak bunga matahari yang terus berdepan gangguan logistik yang ketara.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tambahnya, tekanan jualan turut berlaku selepas dagangan mencatat kenaikan kukuh selama dua hari berturut-turut, didorong oleh lonjakan harga tenaga dan kenaikan niaga hadapan minyak kacang soya berkaitan di Chicago Mercantile Exchange (CME).

Pada penutup dagangan, kontrak September 2026 susut RM1 kepada RM4,648 setan, manakala Oktober 2026 merosot RM22 kepada RM4,831 setan dan November 2026 turun RM15 kepada RM4,958 setan.

Kontrak Disember 2026 menyusut RM7 kepada RM5,065 setan, Januari 2027 turun RM1 kepada RM5,148 setan, manakala Februari 2027 meningkat RM6 kepada RM5,209 setan.

Jumlah dagangan susut kepada 94,460 lot daripada 121,554 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 339,030 kontrak daripada 338,107 kontrak semalam.

Harga MSM fizikal untuk September Selatan susut RM30 kepada RM4,670 setan.

-- BERNAMA