BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital (Pusat Data) akan digubal dan dibentang kepada Kabinet tahun depan -- Kementerian Ekonomi | Kementerian Ekonomi bentang Rangka Kerja Ekonomi Kitaran, teraju peralihan nasional daripada model ekonomi linear "guna-buang" | MTEN teliti 3 keutamaan dasar strategik pacu pertumbuhan mampan, perkukuh daya tahan ekonomi negara -- Kementerian Ekonomi | Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | Sarawak bakal jadi hab serantau Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi Borneo mulai tahun depan – Azalina | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Okt  (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, susulan data ekonomi utama yang lebih kukuh daripada jangkaan menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen turut mendapat sokongan daripada pertumbuhan ekonomi China pada suku ketiga 2026 serta data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

Ad Banner

“Pengeluaran yang disambung semula oleh pengeluar tayar di China serta kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah susulan risiko fenomena El Niño yang lebih teruk turut meningkatkan sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ekonomi China berkembang lebih pantas pada kadar 4.5 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga, mengatasi jangkaan sekali gus mengurangkan tekanan untuk melaksanakan langkah rangsangan tambahan.

“Pengeluar tayar di China menyambung semula pengeluaran secara berperingkat, sekali gus meningkatkan kadar penggunaan kapasiti, meskipun kos bahan mentah yang tinggi mengehadkan pengeluaran sesetengah pengeluar,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, mengikut data Rizab Persekutuan AS pengeluaran sektor pembuatan AS meningkat 0.3 peratus pada September selepas mencatatkan penurunan 0.2 peratus pada Ogos, berdasarkan angka yang disemak semula.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) Lembaga Getah Malaysia meningkat empat sen kepada 1,036.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik tiga sen kepada 793.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA