BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital (Pusat Data) akan digubal dan dibentang kepada Kabinet tahun depan -- Kementerian Ekonomi | Kementerian Ekonomi bentang Rangka Kerja Ekonomi Kitaran, teraju peralihan nasional daripada model ekonomi linear "guna-buang" | MTEN teliti 3 keutamaan dasar strategik pacu pertumbuhan mampan, perkukuh daya tahan ekonomi negara -- Kementerian Ekonomi | Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | Sarawak bakal jadi hab serantau Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi Borneo mulai tahun depan – Azalina | 

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Perbankan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.

Pada 5 petang ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 12.01 mata atau 0.74 peratus kepada 1,595.75 berbanding paras penutup 1,607.76, Jumaat lepas.

Ad Banner

Indeks utama itu dibuka turun 3.58 mata kepada 1,604.18 dan bergerak dalam julat 1,593.37 hingga 1,604.65 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 741 berbanding 322 manakala 482 lain tidak berubah, sebanyak 1,299 kaunter tidak diniagakan dan 35 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.49 bilion unit bernilai RM2.38 bilion daripada 3.13 bilion unit bernilai RM3.27 bilion pada Jumaat lepas.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi kaunter perbankan, Public Bank turun 12 sen kepada RM4.71, Maybank susut sembilan sen kepada RM9.90, CIMB merosot lima sen kepada RM7.15, AMMB Holdings kehilangan 16 sen kepada RM6.19 manakala RHB Bank turun 12 sen kepada RM7.20.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pihaknya masih berpendirian berhati-hati susulan penjualan besar-besaran dalam pasaran domestik dan penyusutan FBM KLCI di bawah paras 1,600 mata yang memaparkan tekanan jualan masih belum reda.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah pembetulan pasaran itu sebaliknya menjadikan penilaian terhadap saham mewah Malaysia sebagai lebih menarik, terutama yang mempunyai asas kukuh, pendapatan berdaya tahan selain kadar hasil dividen yang mampan.

“Kami percaya keadaan ini menyuntik peluang bagi pengumpulan saham secara berperingkat apabila tekanan jualan mula reda dan bukannya menjadi petanda kemerosotan prospek ekonomi domestik secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.

Bagi tempoh baki minggu ini, Rakuten Trade menjangkakan indeks penanda aras itu masih tidak menentu dengan paras sokongan terdekat pada 1,590 mata dan seterusnya 1,580 mata.

Dalam pada itu, usaha peningkatan semula yang melepasi julat 1,600 hingga 1,610 mata sememangnya diperlukan bagi memulihkan keyakinan pasaran.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan dagangan FBM KLCI dalam julat 1,580–1,610 pada minggu ini dengan aktiviti pembelian saham berharga rendah dapat menampan kemungkinan penurunan seterusnya,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Press Metal melonjak 18 sen to RM6.68, YTL Power meningkat 11 sen kepada RM5.26, SD Guthrie menokok tiga sen kepada RM5.72, TNB susut dua sen kepada RM12.98 manakala IHH Healthcare berkurangan 10 sen kepada RM7.90.

Dalam kelompok saham paling aktif, Ni Hsin meraih 2.5 sen kepada 44.5 sen, V.S Industry dan MAG Holdings masing-masing tidak berubah pada 34 sen dan 15.5 sen, Zetrix AI dan JAKS Resources turun setengah sen kepada lima sen dan 14 sen manakala Top Glove merosot satu sen kepada 89 sen.

Bagi saham paling untung, Nestle meningkat 58 sen kepada RM89.90, Ayer Holdings menambah 25 sen kepada RM7.85, Kuala Lumpur Kepong naik 16 sen kepada RM20.16 dan Petronas Dagangan meningkat 14 sen kepada RM19.78.

Sebaliknya, kaunter paling rugi didahului oleh United Plantations yang susut 36 sen kepada RM30.24, Allianz Malaysia turun 34 sen kepada RM19.46, Hong Leong Financial Group berkurangan 28 sen kepada RM17.56 manakala Hong Leong Bank kehilangan 20 sen kepada RM21.10.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Mid 70 susut 92.19 mata kepada 17,133.74, Indeks FBM Emas Syariah merosot 45.68 mata kepada 11,874.19, Indeks FBM Emas berkurangan 82.57 mata kepada 11,909.69, Indeks FBM Top 100 menguncup 81.55 mata kepada 11,705.22 manakala Indeks FBM ACE susut 37.76 mata kepada 5,393.29.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.31 mata kepada 174.10, Indeks Tenaga naik 2.56 mata kepada 823.56 dan Indeks Perladangan mengukuh 20.49 mata kepada 8,653.37 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 260.85 mata kepada 18,490.97.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menguncup kepada 1.54 bilion unit bernilai RM2.15 bilion daripada 1.80 bilion unit bernilai RM2.97 bilion pada Jumaat lepas.

Dagangan waran berkurangan kepada 508.75 juta unit bernilai RM54.41 juta daripada 837.33 juta unit bernilai RM112.66 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 443.64 juta unit bernilai RM176.10 juta daripada 493.41 juta unit bernilai RM184.73 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 216.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (328.95 juta), pembinaan (175.21 juta), teknologi (296.69 juta), perkhidmatan kewangan (101.52 juta), hartanah (97.73 juta), perladangan (24.70 juta), amanah pelaburan hartanah (11.23 juta), dana tertutup (33,000), tenaga (69.28 juta), penjagaan kesihatan (110.45 juta), telekomunikasi dan media (27.02 juta), pengangkutan dan logistik (51.72 juta), utiliti (30.82 juta) serta amanah perniagaan (90,500).

-- BERNAMA