BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital (Pusat Data) akan digubal dan dibentang kepada Kabinet tahun depan -- Kementerian Ekonomi | Kementerian Ekonomi bentang Rangka Kerja Ekonomi Kitaran, teraju peralihan nasional daripada model ekonomi linear "guna-buang" | MTEN teliti 3 keutamaan dasar strategik pacu pertumbuhan mampan, perkukuh daya tahan ekonomi negara -- Kementerian Ekonomi | Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | Sarawak bakal jadi hab serantau Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi Borneo mulai tahun depan – Azalina | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pemulihan harga emas di pasaran global.

Pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes berkata emas dalam pasaran global pulih semalaman apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah mula memberikan sedikit kelegaan daripada kenaikan hasil Perbendaharaan AS yang telah membebani pasaran baru-baru ini.

Ad Banner

Kelemahan dalam data ekonomi AS ini merangkumi data pembuatan serta laporan pekerjaan yang sederhana membantu mengurangkan tekanan menaik pada hasil bon dan membolehkan emas bergerak semula melebihi US$4,400 setiap auns troy.

"Emas sedang menghampiri paras US$4,450 daripada paras US$4,400 setiap auns troy. Tumpuan kini beralih kepada laporan senarai gaji AS pada Jumaat, yang akan menjadi penting ke arah jangkaan harga semula yang bakal menentukan Rizab Persekutuan berterusan atau mengendur," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta September 2026 meningkat kepada US$4,447.70 setiap auns troy daripada US$4,321.7 setiap auns troy semalam dan Oktober 2026 menokok kepada US$4,462.20 setiap auns troy daripada US$4,335.8 setiap auns troy.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

November 2026 bertambah baik kepada US$4,478.80 setiap auns troy daripada US$4,353.20 setiap auns troy, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 mengukuh kepada US$4,486.6 setiap auns troy daripada US$4,361.0 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 335 lot berbanding 127 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 387 kontrak daripada 184 kontrak sebelum ini.

Berdasarkan penetapan tengah hari 2 Sept 2026 London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,382.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA