BERITA TERKINI   Kelompongan yang wujud termasuk berkaitan kemiskinan dan akses bantuan mesti ditangani segera - PM Anwar | Masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara Kerajaan MADANI - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Harga Mnyak Soya Lemah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penurunan niaga hadapan minyak soya, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata ketiadaan pembelian dari destinasi baharu ditambah dengan pengumuman Indonesia untuk mengekalkan mandat biodiesel B50 pada tahun depan berbanding beralih kepada B60, mengehadkan kenaikan niaga hadapan minyak sawit.

Ad Banner

Beliau berkata unjuran lonjakan stok minyak sawit Malaysia pada akhir Ogos turut menekan sentimen pasaran.

“Kami mengunjurkan stok minyak sawit Malaysia pada akhir Ogos melonjak sebanyak empat peratus daripada Julai kepada 2.735 juta tan dengan pengeluaran dijangka merosot sebanyak dua peratus dan eksport melebihi lima peratus,” katanya kepada Bernama.

Bagani memaklumkan pasaran kini menantikan anggaran penuh pengeluaran minyak sawit Ogos daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia dan UOB Kay Hian serta unjuran agensi untuk data bekalan, permintaan dan stok Ogos daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, kontrak September 2026 merosot RM13 kepada RM4,635 setiap tan, Oktober 2026 menyusut RM63 kepada RM4,768 setiap tan dan November 2026 turun RM54 kepada RM4,904 setiap tan.

Kontrak Disember 2026 berkurang RM47 kepada RM5,018 setiap tan, Januari 2027 merosot RM41 kepada RM5,107 setiap tan dan Februari 2027 menyusut RM40 kepada RM5,169 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 137,648 lot daripada 94,460 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 338,419 kontrak daripada 339,030 kontrak semalam.

Harga fizikal MSM untuk September Selatan tidak berubah pada RM4,670 setiap tan.

-- BERNAMA