BERITA TERKINI   Cadangan adakan PRU awal diteliti, fokus kerajaan kini pulihkan ekonomi, kesejahteraan rakyat - PM Anwar | Jerebu: Tindakan susulan termasuk isytihar darurat di kawasan rekod IPU 500 di Sarawak dibincang dengan kerajaan negeri, agensi - PM Anwar | Tragedi Tanjung Lompat: Mayat Muhammad Adib Hafiy Kamal ditemukan pada 11.15  pagi - polis | MAG Culinary Solutions perluas keupayaan penyediaan makanan dalam penerbangan dengan kemudahan baharu dijangka siap pada suku keempat 2028 - Kapten Nasaruddin | Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Busan mulai Disember 2026, Firefly perkenal penerbangan terus ke Kunming - Kapten Nasaruddin | 
Ad Banner

Bursa Malaysia Kekal Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.11 mata kepada ,707.02 from Thursday’s close of 1,715.13.

Indeks penunjuk utama itu dibuka susut 1.39 mata kepada 1,713.74.

Ad Banner

Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 569 berbanding 419 manakala 527 lain tidak berubah, sebanyak 1,257 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.75 bilion unit bernilai RM1.50 bilion.

Dalam nota tinjauannya hari ini, Apex Securities Bhd memaklumkan sektor teknologi wajar menjadi tumpuan selepas janji niaga kecerdasan buatan (AI) bernilai US$12.9 bilion antara Nvidia dengan Hugging Face melonjakkan sentimen semikonduktor.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Tenaga juga kekal menjadi tumpuan apabila minyak mentah Brent kekal didagangkan melebihi US$95 setong berikutan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk.

“Sektor pembinaan tidak terkecuali bagi melihat momentum susulan pelaburan AI dan pusat data yang memacu permintaan terhadap infrastruktur serta kerja-kerja pembinaan berkaitan,” menurutnya.

Firma pembrokeran saham itu juga menyifatkan tekanan jualan baru-baru ini ke atas saham perbankan sebagai agak berlebihan, malah sektor berkenaan wajar dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB Group meraih satu sen kepada RM8.00 manakala Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing rugi empat sen kepada RM10.54 dan RM13.64, Public Bank turun dua sen kepada RM4.98 dan IHH Healthcare susut satu sen kepada RM7.98.

Kaunter paling aktif didahului Zetrix AI yang naik 3.5 sen kepada 27.5 sen, Salutica menokok 4.5 sen kepada 16 sen, Cuscapi meraih satu sen kepada enam sen, Ingenieur Gudang tidak berubah pada 4.5 sen manakala Tanco Holdings untung 2.5 sen kepada 20.5 sen.

Bagi kaunter paling untung, Nestle melonjak 60 sen kepada RM95.08, Fraser & Neave meningkat 42 sen kepada RM24.80, Critical Holdings naik 15 sen kepada RM2.02, Sunway Construction meraih 12 sen kepada RM7.95 manakala Mega First Corporation untung 11 sen kepada RM2.93.

Sebaliknya, kaunter paling rugi menyaksikan United Plantations susut 60 sen kepada RM32.42, Malaysian Pacific Industries turun 52 sen kepada RM39.08, Petronas Gas dan Hong Leong Bank masing-masing susut 26 sen kepada RM17.36 dan RM23.62 manakala SD Guthrie merosot 18 sen kepada RM6.22.

Di papan indeks pula, Indeks FBM ACE meraih 24.86 mata kepada 5,212.52, Indeks FBM Emas menguncup 60.64 mata kepada 12,622.70, Indeks FBMT 100 kehilangan 63.16 mata kepada 12,428.28, Indeks FBM Emas Syariah turun 77.44 mata kepada 12,365.13 dan Indeks FBM 70 merosot 107.92 mata kepada 17,797.36.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 56.84 mata kepada 20,149.99 dan Indeks Perladangan berkurangan 120.03 mata kepada 9,373.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.48 mata kepada 185.68 manakala Indeks Tenaga turun 3.20 mata kepada 806.83.

-- BERNAMA