BERITA TERKINI   Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara bermula hari ini sehingga keadaan kembali selamat - KPM | Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | JPN, PPD dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah pantau rapat keadaan semasa jerebu - KPM | PRN Melaka diadakan pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Harga Minyak Mentah Kukuh, Ringgit Lemah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran getah serantau, kata seorang peniaga.

Menurut beliau sentimen pasaran turut dipengaruhi kebimbangan mengenai potensi gangguan bekalan susulan jangkaan fenomena El Niño yang semakin kuat.

Ad Banner

Jelasnya, Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengunjurkan fenomena cuaca itu akan terus memuncak dan berlarutan sehingga awal 2027 yang berpotensi menjejaskan pengeluaran getah.

"Sentimen pasaran turut disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dan selari untuk mencatatkan kenaikan mingguan yang ketara di tengah-tengah konflik ketenteraan yang kembali tercetus di antara AS dengan Iran.

"Konflik ketenteraan ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan berpanjangan kepada aliran tenaga menerusi Selat Hormuz serta tanda-tanda bekalan inventori yang semakin merosot," katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, momentum peningkatan pasaran terbatas berikutan wujudnya kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS susulan data ekonomi AS yang lebih lemah, tambah beliau.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 4.5 sen kepada 958.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik dua sen kepada 690.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA