BERITA TERKINI   Sasaran 31 peratus sumbangan syarikat Bumiputera kepada KDNK menjelang 2035 akan disemak pada akhir tahun ini atau awal tahun depan - Akmal Nasrullah | Anak syarikat Pekat Group memperoleh tiga subkontrak berkaitan projek pusat data hiperskala di Johor Bahru bernilai RM57.18 juta | Sasaran 31 peratus sumbangan Bumiputera kepada KDNK menjelang 2035 akan disemak pada akhir tahun ini atau awal tahun depan - Akmal Nasrullah | Kementerian Ekonomi akan meneliti mekanisme ketelusan gaji bagi memastikan tawaran lebih adil dan setimpal dengan kos sara hidup - Akmal Nasrullah | KKEC 2026: UITM diarah beri laporan lengkap kes kematian peserta dari UiTM Negeri Sembilan - Zambry | 
Ad Banner

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.51 mata atau 0.38 peratus kepada 1,714.61 daripada 1,708.10 ketika ditutup Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.60 mata lebih tinggi pada 1,709.70 dan bergerak dalam julat 1,708.26 hingga 1,715.04 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh bagaimanapun kekal negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 586 berbanding 368, manakala 547 kaunter tidak berubah, 1,287 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.01 bilion unit yang bernilai RM1.09 bilion.

Penganalisis berkata pendapatan teras sesaham industri telekomunikasi dijangka meningkat dari suku ke suku pada suku ketiga 2026.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd berpendapat kemerosotan Wall Street minggu lepas boleh menyebabkan FBM KLCI berdepan pergerakan tidak menentu yang berterusan minggu ini susulan tekanan luaran dan domestik.

Dalam nota penyelidikannya, ia memaklumkan dari segi faktor luaran, ketegangan yang memuncak semula di Asia Barat, retorik kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, serta hasil Perbendaharaan AS dan harga minyak yang meningkat boleh mengekalkan pengaliran modal asing keluar daripada pasaran sedang pesat membangun.

“Dari segi domestik, potensi prestasi pendapatan yang mengecewakan pada separuh kedua, kos yang meningkat, penilaian FBM KLCI yang tinggi serta kebimbangan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) boleh mengehadkan potensi kenaikan,” tambah bank pelaburan itu.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd memaklumkan FBM KLCI dijangka terus kekal disokong di atas paras psikologi 1,700, walaupun minat belian mungkin terus bersifat selektif dalam keadaan keseluruhan pasaran yang masih berhati-hati.

Ia menambah tumpuan harus kekal kepada pemangkin khusus saham merentas sektor infrastruktur, tenaga boleh baharu dan syarikat yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan sektor perindustrian.

“Paras rintangan berada dalam julat 1,723 hingga 1,738, manakala paras sokongan ditetapkan pada 1,678 hingga 1,693,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CelcomDigi menambah 6.0 sen kepada RM2.76, MR DIY naik 3.0 sen kepada RM1.38, Tenaga Nasional meningkat 26 sen kepada RM13.88, Petronas menokok 22 sen kepada RM17.48 dan 99 Speed Mart meningkat 4.0 sen kepada RM3.47.

Bagi saham paling aktif, HHRG meningkat 4.5 sen kepada 19 sen, Key Asic menambah 1.0 sen kepada 7.5 sen, manakala Zetrix AI dan Ingenieur Gudang masing-masing merosot 1.0 sen kepada 24.5 sen dan 3.5 sen, sementara Capital A susut 1.5 sen kepada 29.5 sen.

Antara saham paling untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 52 sen kepada RM39.92, United Plantations menambah 20 sen kepada RM32.26, UMS Integration mengukuh 15 sen kepada RM8.25, manakala Petronas Dagangan dan Hong Leong Bank masing-masing naik 12 sen kepada RM20.28 dan RM23.78.

Bagi saham paling rugi, Nestle susut 34 sen kepada RM94.50, Vitrox jatuh 10 sen kepada RM9.06, Malayan Cement merosot 9.0 sen kepada RM6.05, manakala Mega Fortris dan Press Metal Aluminium masing-masing turun 8.0 sen kepada RM2.26 dan RM7.93.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE merosot 4.79 mata kepada 5,212.68, Indeks FBM Emas naik 31.87 mata kepada 12,657.32, manakala Indeks FBMT 100 menokok 34.99 mata kepada 12,464.25.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 35.89 mata kepada 12,396.59, manakala Indeks FBM 70 susut 2.84 mata kepada 17,766.36.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 67.09 mata kepada 20,228.58, Indeks Perladangan menambah 14.34 mata kepada 9,352.26, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.48 mata kepada 186.48 dan Indeks Tenaga naik 1.15 mata kepada 806.77.

-- BERNAMA