BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Batik Air Batal Penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta Hari Ini Susulan Abu Gunung Berapi

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) -- Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan Sumatera, menurut Batik Air.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan hasil daripada susulan penilaian operasi terkini dan penyelarasan berterusan dengan pihak berkuasa penerbangan serta pengendali lapangan terbang yang berkaitan.

“Penumpang yang terjejas boleh memohon untuk menjadualkan semula perjalanan mereka kepada penerbangan Batik Air yang seterusnya, tertakluk kepada ketersediaan atau memohon bayaran balik,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Batik Air telah membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Malaysia dan Jakarta hari ini, iaitu OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391.

Sebanyak enam daripada perkhidmatan yang dibatalkan beroperasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Jakarta, manakala dua lagi beroperasi antara Subang dan Jakarta.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner