BERITA TERKINI   Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia | Status kru dan penumpang helikopter serta punca kejadian belum dapat dipastikan, operasi SAR sedang dijalankan - Menteri Kesihatan | Operasi mencari dan menyelamat bergantung pada penduduk kampung buat masa ini - Polis Sarawak | Perjalanan ke lokasi kejadian ambil masa 10 jam dari Marudi, khidmat helikopter ke lokasi tidak dapat digunakan kerana jerebu - Polis Sarawak | Helikopter terhempas : Operasi mencari dan menyelamat masih diusahakan - Polis Sarawak | 
Ad Banner

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Menjelang Keputusan Fed

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa, dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dan sentimen berhati-hati menjelang keputusan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang seterusnya, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.0605/0640 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0440/0485 pada Isnin.

Ad Banner

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan harga minyak mentah boleh menjadi dorongan bagi kenaikan kadar faedah oleh Fed pada minggu depan.

“Mata wang Asia lain juga ditutup bercampur-campur, dengan dolar (AS)-yen berlegar pada 153 yen apabila momentum jangkaan kenaikan kadar oleh Bank of Japan minggu depan semakin meningkat.

“Sentimen pasaran tidak menentu menjelang keputusan Fed dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.7151/7191 daripada paras penutup 4.6991/7044 pada Isnin, turun berbanding pound Britain kepada 5.4926/4974 daripada 5.4736/4796 dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.6374/6398 daripada 2.6173/6204.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang negara-negara serantau lain.

Unit tempatan turun sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.48/6.49 daripada paras penutup 6.46/6.47 pada Isnin, menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2073/2104 daripada 3.1943/1981, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.3285/3447 daripada 12.3041/3231 dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 230.3/230.5 daripada 229.2/229.6.

-- BERNAMA