BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Alam Maritim Beroperasi Seperti Biasa, CEO Berdepan Dakwaan Tipu Kadar Sewaan Kapal

KUALA LUMPUR, 10 Sept (BERNAMA) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad diarahkan bercuti, sementara syarikat itu memberi jaminan ia beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Pengendali kapal sokongan luar pesisir itu menjelaskan bahawa peranan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif kumpulan akan diambil alih oleh jawatankuasa eksekutif (exco) sehingga diberitahu kelak.

“Exco atau jawatankuasa eksekutif ini akan disokong oleh penasihat strategik kanan,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Ad Banner

Menurut syarikat tersebut, ia tidak menganggap dakwaan terhadap Azmi memberi sebarang kesan material terhadap operasi atau kedudukan kewangan kumpulan, kecuali sepertimana yang didedahkan sebaliknya dalam pengumuman itu. 

Terdahulu, Azmi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung kadar sewaan harian kapal di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Bagaimanapun, Azmi tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan meminta dibicarakan. 

Ad Banner
Ad Banner

“Beliau telah secara sukarela mengambil cuti sementara daripada tugas eksekutif dan pengurusannya berkuat kuasa hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Beliau kekal sebagai pengarah syarikat ini,” tambahnya. 

-- Bernama