BERITA TERKINI   Naib Presiden Indonesia Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) dan Presiden Prabowo. - Speaker MPR Ahmad Muzani | MITI lancar aplikasi mudah alih MySaham MITI bagi mudahkan pelabur bumiputera yang layak mohon Saham Khas Bumiputera, semak keputusan permohonan - Johari | Tragedi kepala air: Satu lagi mayat ditemukan di sekitar kawasan Empangan Sungai Selangor pada 10.15 pagi tadi - Bomba | Eksport Malaysia ke Taiwan melonjak 88.0 peratus kepada RM116.58 bilion, import dari Taiwan meningkat 24.2 peratus kepada RM137.63 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026 - PM Anwar | Perdagangan dua hala Malaysia-Taiwan berkembang 47.1 peratus tahun ke tahun kepada RM254.21 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026 - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Mendatar Dalam Julat 1,680-1,710 Mata Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak mendatar dalam julat 1,680 hingga 1,710 mata minggu depan, dengan potensi pemulihan teknikal sekiranya sentimen risiko global kembali stabil.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perkembangan luaran dijangka kekal menjadi pemacu utama sentimen dengan pergerakan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat dipantau dengan teliti.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong menjangkakan FBM KLCI terus berdepan tekanan berikutan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap inflasi global dan kadar faedah.

“Paras sokongan seterusnya kini berada pada paras 1,680 mata dan 1,676 mata manakala paras rintangan terdekat masing-masing pada 1,714 mata diikuti 1,722 mata,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu berakhir pada Jumaat, niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah seiring dengan prestasi pasaran tunai asas yang lemah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak September 2026 susut 19.5 mata kepada 1,666.5 manakala Oktober 2026 turun 18.5 mata kepada 1,666.50.

Kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing berkurangan 17.5 mata kepada 1,673.0 dan 1,657.0.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 31,378 lot daripada 39,901 lot pada akhir minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 46,188 kontrak daripada 43,322 kontrak sebelum ini.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 21.36 mata kepada 1,686.74 berbanding 1,708.10 minggu sebelumnya.

-- BERNAMA