BERITA TERKINI   ACLE: JDT 1-1 Buriram United | 

Unit PTT Synergy Peroleh Kontrak Sime Darby Property Bernilai RM83.26 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Unit PTT Synergy Group Bhd, iaitu Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTTSB) memperoleh kontrak bernilai RM83.26 juta daripada Sime Darby Property Sdn Bhd.

Kontrak tersebut melibatkan pelaksanaan kerja tanah dan tugas berkaitan dengan beberapa pakej dalam Fasa 1 Bandar Bukit Raja Tahap 4, yang terletak di Klang, Selangor. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan bahawa tarikh pra-pemilikan ialah 15 September 2026 dan tarikh pemilikan akan bermula pada 29 September 2026.

Ad Banner

Sementara tarikh penyiapan ialah 28 September 2027 dan 28 Mac 2028 masing-masing bagi Pakej 6 (Unit Awal untuk i34) serta keseluruhan projek.

“Penerimaan kontrak itu adalah urusan perniagaan biasa bagi PTTSB. 

“Selain itu, ia juga dilaksanakan secara saksama dan berdasarkan terma komersial yang tidak lebih menguntungkan berbanding terma yang tersedia untuk orang awam,” katanya. 

Ad Banner

-- BERNAMA