BERITA TERKINI   Anthony Loke kekal dengan pendirian meletak jawatan Menteri Pengangkutan | PRN Melaka: Permohonan undi pos dibuka mulai hari ini, semua permohonan dibuat secara dalam talian - SPR | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu. 

Ahli strategi global Intel Quintex, Stephen Innes berkata dolar US kekal kuat berikutan komen agresif daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed).

Ad Banner

"Buat masa ini, dolar US kekal sebagai barometer paling jelas bagi prospek agresif Fed. Selagi dolar US terus mantap, emas akan bergelut untuk mendapatkan semula momentumnya," kata beliau kepada Bernama. 

Dari segi geopolitik, Innes berkata pasaran juga menjangkakan pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping boleh membantu meningkatkan hubungan Timur-Barat.

“Bagaimanapun, ini nampaknya bukan faktor utama yang menjadi penentu harga emas hari ini,” katanya. 

Ad Banner

Pada penutup, kontrak bulan semerta September 2026 jatuh kepada US$4,319.30 setiap auns troy daripada US$4,320.80 yang dicatatkan pada Selasa, manakala Oktober 2026 turun kepada US$4,336.30 daripada US$4,338.00.

November 2026 pula merosot kepada US$4,353.00 setiap auns troy daripada US$4,354.60, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 kesemuanya susut kepada US$4,360.80 setiap auns troy daripada US$4,362.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 217 lot berbanding 371 yang disaksikan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 274 kontrak daripada 428.

Berdasarkan penetapan tengah hari 22 Sept di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,329.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA