Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.
Pada 9.30 pagi, kontrak September 2026 susut 6.5 mata kepada 1,635.0, Oktober 2026 berkurangan 5.5 mata kepada 1,636.0, Disember 2026 turun sembilan mata kepada 1,641.5, manakala Mac 2027 merosot 11 mata kepada 1,623.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,879 lot, manakala jumlah kepentingan terbuka berjumlah 39,052 kontrak.
Pada 9.34 pagi, FBM KLCI susut 5.67 mata kepada 1,645.50 daripada paras 1,651.17 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA