BERITA TERKINI   Selangor bukan destinasi untuk tanah atau tenaga kerja murah, sebaliknya bagi perkongsian jangka panjang dan kumpulan pekerja berintelektual dan berinovasi  -- Menteri Besar Selangor | Akta Perkhidmatan Parlimen 2025: Kerajaan harap kebebasan, bidang kuasa Parlimen yang baharu dapat tingkat profesionalisme, adab perbahasan - PM Anwar | Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen tunai janji reformasi, mematangkan demokrasi negara - PM Anwar | Pelabur di Malaysia perlu dinilai berdasarkan kualiti pekerjaan yang diwujudkan dan layanan mereka terhadap pekerja, terutamanya wanita - Tengku Zafrul | Malaysia, Indonesia bincang kerjasama tangani kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan -- Mohamad Hasan | 

Pelaburan Tenaga Dalam Belanjawan 2027 Kunci Kepada Infrastruktur Digital Mampan -- Equinix

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM15 bilion dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh grid elektrik negara bersama-sama dengan pelanjutan insentif cukai teknologi hijau sehingga 2030 serta mengukuhkan kepentingan menyelaraskan peluasan infrastruktur digital dengan ketersediaan tenaga dan kelestarian jangka panjang.

Pengarah Urusan Equinix Malaysia Cheam Tat Inn berkata peluasan pusat data seharuslah dipacu oleh permintaan dan dirancang secara bertanggungjawab menerusi kerjasama erat antara pemain industri, syarikat utiliti dan pembuat dasar bagi memastikan pertumbuhan digital Malaysia kekal berdaya saing serta lestari.

“Menerusi kemudahan KL2 kami yang dirancang di Cyberjaya, kami berhasrat untuk menyokong ekosistem kecerdasan buatan (AI), awan dan digital perusahaan negara yang semakin berkembang, menggunakan infrastruktur berprestasi tinggi dan terhubung saling yang diperlukan oleh perniagaan untuk berkembang secara selamat dan cekap.

Ad Banner

“Kami berharap dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital strategik sambil menyokong pembangunan infrastruktur digital yang bertanggungjawab dan dipacu oleh permintaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Cheam kehadiran Equinix di Kuala Lumpur dan Johor yang disokong oleh ekosistem terhubung saling merentasi Malaysia dan Singapura, turut meletakkan syarikat itu pada kedudukan terbaik untuk membantu perniagaan berkembang di seluruh ASEAN serta membina operasi digital teragih yang lebih berdaya tahan.

Beliau menambah pembangunan berterusan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terus memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab kesalinghubungan serantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Memandangkan Malaysia terus memajukan AI dan cita-cita ekonomi digitalnya di bawah Belanjawan 2027, Equinix kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan serta rakan industri bagi membangunkan infrastruktur digital yang berdaya tahan, lestari dan terhubung secara global," katanya.

-- BERNAMA