BERITA TERKINI   Bantuan khas kewangan RM1,000 manfaatkan sekitar 38,000 pemandu teksi, kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara – PM Anwar | Kerajaan sediakan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada setiap pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang penuhi kriteria ditetapkan - PM Anwar | Selangor bukan destinasi untuk tanah atau tenaga kerja murah, sebaliknya bagi perkongsian jangka panjang dan kumpulan pekerja berintelektual dan berinovasi  -- Menteri Besar Selangor | Akta Perkhidmatan Parlimen 2025: Kerajaan harap kebebasan, bidang kuasa Parlimen yang baharu dapat tingkat profesionalisme, adab perbahasan - PM Anwar | Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen tunai janji reformasi, mematangkan demokrasi negara - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.04 mata atau 0.37 peratus kepada 1,629.39 daripada 1,623.35 pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 0.59 mata kepada 1,636.95 dan bergerak antara 1,623.94 dan 1,637.10 pada sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Bagaimanapun dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 480 berbanding 425 manakala 521 kaunter tidak berubah, 1,432 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.93 bilion unit bernilai RM1.40 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengekalkan aliran meningkatnya untuk melepasi paras 1,620 selepas pembukaan yang lemah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Namun, aktiviti belian meningkat, didorong oleh aktiviti membeli saham pada harga rendah dalam sektor perbankan, yang berkemungkinan dilakukan oleh dana tempatan.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks kekal berdaya tahan dan bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.97, Public Bank meningkat lima sen kepada RM4.75, CIMB menambah 10 sen kepada RM7.60, IHH Healthcare menokok enam sen kepada RM8.04, bagaimanapun Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM12.98. 

Bagi saham aktif, Ecosys naik 52.5 sen kepaa 79.5 sen, Top Glove meningkat 3.5 sen kepada 89 sen, dan Ni Hsin menokok 1.5 sen kepada 40.5 sen, manakala Zetrix AI susut satu sen kepada 5.5 sen dan JAKS Resources merosot setengah sen kepada 14.5 sen. 

Antara saham paling untung, Malaysian Pacific Industries naik 76 sen kepada RM41.92, United Plantations meningkat 30 sen kepada RM30.90, Kuala Lumpur Kepong menokok 24 sen kepada RM21.08, MISC dan Mentiga Corporation menambah 21 sen masing-masing kepada RM8.13 dan 79 sen.

Samaiden Group mendahului saham paling rugi, susut 26 sen kepada RM2.81, Solarvest dan Pekat Group merosot 21 sen masing-masing kepada RM3.89 dan RM2.70, manakala Critical Holdings berkurangan 17 sen kepada RM2.65 dan Fraser & Neave Holdings menguncup 12 sen kepada RM20.04. 

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 37.07 mata kepada 17,515.07, Indeks FBM Emas meningkat 38.39 mata kepada 12,145.13, Indeks FBMT 100 menokok 39.37 mata kepada 11,937.83, Indeks FBM Emas Syariah menambah 16.24 mata kepada 12,090.721, namun Indeks FBM ACE turun 33.75 mata kepada 5,451.60.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.92 mata kepada 180.62, Indeks Perladangan menambah 58.74 mata kepada 8,871.86, Indeks Tenaga merosot 4.07 mata kepada 830.99 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 110.10 mata kepada 18,876.28.

-- BERNAMA