BERITA TERKINI   Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | 

PENtastic Startup Month Perkukuh Ekosistem Syarikat Pemula Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang akan menganjurkan PENtastic Startup Month 2026 pada November bertujuan menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan syarikat pemula, keusahawanan, teknologi dan inovasi di bawah satu platform yang sama. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata inisiatif selama sebulan yang diterajui oleh Digital Penang itu berjaya menarik penyertaan 21 penganjur, dan setakat ini 30 aktiviti telah disahkan.

“Ekosistem syarikat pemula di Pulau Pinang merupakan yang kedua terbesar di negara ini, merangkumi 354 syarikat, yang dianggarkan menyumbang lebih RM340 juta hasil dan mewujudkan 2,600 pekerjaan berpendapatan tinggi di negeri ini.

Ad Banner

“PENtastic bertujuan menghimpunkan program yang dimulakan dan dikendalikan oleh pelbagai organisasi di bawah satu platform, berbanding menganjurkan satu lagi persidangan yang berasingan," katanya pada sidang media PENtastic Startup Month 2026 di sini hari ini.

Zairil berkata penganjur yang terlibat terdiri daripada merangkumi pengasas dan syarikat pemula yang berpangkalan di Pulau Pinang, syarikat pemula dari Kuala Lumpur dan Singapura, penyedia latihan korporat, universiti serta persatuan.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi pelbagai bidang, termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan perniagaan, pembiayaan syarikat pemula, kesediaan pelaburan, pemasaran, pembangunan bakat, kemampanan, strategi perniagaan dan keusahawanan kreatif.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Antara tumpuannya termasuk Startup Venture Vibes 2026 pada 19 November yang dianjurkan oleh Malaysian Business Angel Network (MBAN) dengan kerjasama Digital Penang, serta Creative Content AI One-Person Company Showcase dan Pameran Fotografi Budaya Syarikat Permulaan.

Selain itu, Zairil berkata PENtastic Startup Month melengkapkan usaha kerajaan di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital Pulau Pinang 2025-2030 dan Visi Penang2030, dengan menghubungkan syarikat pemula dan perniagaan dengan program, kepakaran dan komuniti yang boleh menyokong pertumbuhan mereka. 

Beliau berkata inisiatif itu juga bertujuan memperkukuh kerjasama dalam ekosistem itu melepasi bulan November, dengan hubungan yang terjalin sepanjang program tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang kepada usahawan, syarikat pemula, dan perniagaan di seluruh Pulau Pinang.

Zairil berkata lagi, kejayaan PENtastic seharusnya dinilai bukan sekadar berdasarkan jumlah program yang dianjurkan, tetapi turut merangkumi hubungan yang terjalin, pengetahuan yang dikongsi, serta peluang yang diwujudkan di luar skop kempen tersebut.

-- BERNAMA