BERITA TERKINI   Kadar tambang ECRL sehala Gombak-Kota Bharu RM125 (transit), RM147 (ekspres), operasi Disember 2026 - MRL | Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas bantu lonjakkan kekuatan ekonomi, tingkat kesejahteraan rakyat - PM Anwar | Malaysia sedia gerak pesawat Bombardier, tiga helikopter, 50 anggota bantu padam kebakaran hutan di Indonesia, tunggu persetujuan rasmi untuk mulakan operasi – Ahmad Zahid | Inflasi Malaysia menurun kepada 1.8 peratus pada September 2026 daripada 1.9 peratus pada Ogos 2026 - DOSM | PM Anwar zahir penghargaan kepada warga MOF bertungkus-lumus siapkan Belanjawan 2027, manfaatkan rakyat | 

Malaysia Perlu Perkasa Pedagang Tempatan Tembus Pasaran Petroleum Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu membangunkan lebih ramai pedagang petroleum tempatan serta memperkukuh akses kepada pembiayaan perdagangan bagi merealisasikan aspirasi negara sebagai hab perdagangan petroleum serantau. 

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri Jeyenderan M. Ramasamy berkata pembangunan kepakaran tempatan penting bagi meningkatkan keupayaan Malaysia bersaing di pasaran antarabangsa, selain membolehkan lebih banyak nilai komersial dijana melalui penyertaan pemain domestik.

Berdasarkan pengalaman selama 28 tahun dalam industri perdagangan, Jeyenderan berkata usaha itu memerlukan kerjasama erat antara pemain industri, institusi kewangan dan institusi pendidikan untuk melahirkan pedagang yang berpengetahuan serta berkemahiran.

Ad Banner

Beliau turut mencadangkan program latihan selama enam bulan untuk pelajar peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), dengan dua hingga empat sesi sebulan merangkumi pengurusan kewangan, prosedur kenali pelanggan anda (KYC), usaha wajar dan risiko perdagangan.

“Impian saya adalah untuk mendidik mereka mengikut kaedah perdagangan kewangan antarabangsa yang betul. Melahirkan pedagang yang kompeten memerlukan lebih daripada sekadar pengetahuan mengenai pasaran petroleum,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jeyenderan berkata pedagang juga perlu memahami keperluan modal, mengurus turun naik harga dan menilai keupayaan kewangan mereka sebelum melaksanakan sesuatu urus niaga kargo.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata akses kepada pembiayaan perdagangan merupakan satu lagi faktor penting kerana bank dan institusi kewangan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk pembelian kargo serta memenuhi obligasi komersial.

Menurutnya, Malaysia juga perlu memperkukuh keupayaan perdagangan sendiri bagi memanfaatkan peluang komersial berkaitan sumber petroleum negara dan meningkatkan penyertaan tempatan dalam pasaran global.

“Pergerakan harga petroleum yang kecil sekalipun boleh memberi kesan kewangan besar apabila melibatkan kargo dalam jumlah yang tinggi, sekali gus menjadikan pengetahuan harga, disiplin kewangan dan pengurusan risiko aspek penting dalam perdagangan,” katanya. 

Bagi membangunkan bakat baharu, Jeyenderan berkata Maritime Network mengambil kira-kira lima hingga 10 pelatih industri setiap bulan, bergantung pada jumlah permohonan, bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai operasi perkapalan dan amalan industri.

-- BERNAMA