Cosmos Technology Cadang Ambil Alih 51 Peratus Orisystems Pada RM16.52 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cosmos Technology International Bhd mencadangkan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Orisystems Opto Sdn Bhd pada harga RM16.52 juta.

Syarikat pegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia itu memaklumkan pihaknya telah memeterai surat hasrat tidak mengikat dengan pengarah dan pemegang saham Orisystems, Akil Ahmad Mohammed Ishaq dan Othman Ali, menurut makluman kepada Bursa Malaysia.

“Balasan pembelian indikatif bagi cadangan pengambilalihan itu akan diselesaikan sepenuhnya melalui peruntukan dan penerbitan 33,048,000 saham biasa baharu Cosmos pada harga terbitan RM0.50 sesaham balasan,” menurut syarikat itu.

Ad Banner

Orisystems dijangka mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sekurang-kurangnya RM3.6 juta setahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis  dari 2027 hingga 2029, dengan keuntungan terkumpul minimum RM10.8 juta sepanjang tempoh jaminan keuntungan tiga tahun.

“Cadangan pengambilalihan itu memberi peluang kepada kumpulan untuk memperluas portfolio perniagaannya dengan menceburi industri perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS),” menurutnya.

Cosmos memaklumkan pengambilalihan yang dicadangkan itu akan membolehkannya mengakses operasi sedia ada Orisystems dengan segera, sekali gus membolehkan kumpulan menceburi industri EMS tanpa perlu membangunkan keupayaan operasi dan sumber yang diperlukan dari peringkat awal.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA