BERITA TERKINI   Malaysia akan perkenal langkah transformasi tangani jerebu rentas sempadan tahun depan - Arthur | Malaysia rancang meterai MoU dengan Indonesia, Singapura, Kemboja dalam bidang filem, animasi, muzik, persembahan konsert - Fahmi | Malaysia, Singapura, Kemboja bincang kerjasama perkongsian data industri kreatif termasuk filem dan persembahan artis - Fahmi | Sukan Para Asia 2026: Atlet para olahraga negara, Wong Kar Gee raih emas acara lompat jauh T12 | Bacaan IPU dikeluarkan JAS kekal sebagai rujukan tentukan kualiti udara negara - Arthur | 

CIMB Nafi Rancangan Penswastaan Unit Indonesia CIMB Niaga

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan rancangan pihaknya untuk menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata tiada keputusan dibuat berhubung rancangan itu dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.

Unit yang dimiliki sebanyak 92.5 peratus itu kekal sebagai bahagian penting dalam rangkaian operasi serantau kumpulan berkenaan, yang turut komited terhadap operasinya di Indonesia.

Ad Banner

“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang terpakai, termasuk keperluan minimum pegangan awam, mengikut tempoh yang ditetapkan dan secara terancang,” menurut kenyataan itu.

Dalam nota penyelidikan CIMB Investment Bank Bhd semalam, dinyatakan bahawa CIMB Group sedang mempergiat usaha untuk meneroka kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga serta merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pengawal selia berhubung perkara itu.

Bank pelaburan itu berkata langkah berkenaan didorong oleh pandangan CIMB bahawa CIMB Niaga masih dinilai rendah, selain prospek jangka panjang yang positif terhadap Indonesia, khususnya berdasarkan kekuatan Niaga dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat, hubungan serantau ASEAN, perbankan untuk golongan berkemampuan sederhana tinggi serta perbankan Islam.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA