BERITA TERKINI   PRN Melaka: Undi awal selesai, semua 31 pusat pengundian awal ditutup 5 petang ini - SPR | Mahkamah Tinggi KL perintahkan Najib jalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028 | PRN Melaka: 80.01 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR | Polis tahan tujuh individu kes pecah masuk premis pajak gadai babit kerugian RM28.4 juta di Kota Tinggi, Johor | Malaysia perlu membangunkan keupayaan teknologi sendiri dalam bidang pembinaan modular dan percetakan 3D, bukan sekadar bergantung pada teknologi asing – PM Anwar | 

Pengeluaran Getah Asli Naik 7.3 Peratus Pada September – DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 7.3 peratus kepada 31,657 tan metrik pada September 2026 berbanding 29,510 tan metrik pada Ogos 2026.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 18.8 peratus berbanding 26,647 tan metrik pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Pengeluaran getah asli Malaysia pada September 2026 disumbangkan terutamanya oleh pekebun kecil, iaitu 89.5 peratus, berbanding estet (10.5 peratus),” menurut DOSM dalam laporan Perangkaan Getah Bulanan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Mengenai stok, DOSM melaporkan jumlah stok getah asli meningkat 5.6 peratus kepada 142,523 tan metrik pada September 2026 berbanding 135,016 tan metrik pada Ogos 2026.

Daripada jumlah itu, kilang pemproses getah menyumbang 76.5 peratus daripada keseluruhan stok, diikuti kilang pengguna getah (23.4 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).

Sementara itu, eksport getah asli berjumlah 29,438 tan metrik pada September 2026, menurun 11.9 peratus berbanding 33,426 tan metrik pada Ogos 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, menyumbang 33.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada September 2026, diikuti Jerman (18.9 peratus), Amerika Syarikat (8.1 peratus), Türkiye (6.5 peratus) dan Portugal (3.7 peratus).

Eksport produk berasaskan getah asli pula didominasi sarung tangan getah, dengan nilai RM1.3 bilion pada September 2026, menurun 9.5 peratus berbanding RM1.4 bilion pada Ogos 2026, menurut DOSM.

DOSM memaklumkan harga purata bulanan lateks pekat susut 1.1 peratus kepada RM6.81 sekilogram pada September 2026 berbanding RM6.88 sekilogram pada Ogos 2026.

Sebaliknya, harga purata bulanan sekerap getah meningkat 9.1 peratus kepada RM8.56 sekilogram berbanding RM7.85 sekilogram pada bulan sebelumnya.

-- BERNAMA