BERITA TERKINI   Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta | PRN Melaka: Undi awal selesai, semua 31 pusat pengundian awal ditutup 5 petang ini - SPR | Mahkamah Tinggi KL perintahkan Najib jalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028 | PRN Melaka: 80.01 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR | Polis tahan tujuh individu kes pecah masuk premis pajak gadai babit kerugian RM28.4 juta di Kota Tinggi, Johor | 

Anak Syarikat Kitacon Dapat Kontrak Kerja-kerja Pembinaan Utama Bernilai RM54.87 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Sime Darby Property (Elmina North) Sdn Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama termasuk bangunan sokongan yang bernilai RM54.872 juta.

Kumpulan Kitacon dalam makluman kepada pengawal selia bursa saham menjelaskan kontrak itu melibatkan cadangan pembinaan dan penyiapan beberapa kilang berkembar dua tingkat serta kemudahan sampingan di Taman Perdagangan Elmina, Mukim Rawang, Gombak, Selangor.

 

Ad Banner
Ad Banner

Kontrak itu akan bermula menjelang 30 Nov 2026 dan dijadualkan siap dalam tempoh 22 bulan.

Kumpulan Kitacon berkata kontrak itu dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2027, dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner