BERITA TERKINI   SST kekal sebagai asas percukaian, namun kerajaan tidak menolak pindaan sekiranya terdapat elemen cukai berganda - PM Anwar | Defisit negara terus diunjur susut kepada 3.6 peratus pada 2026, 3.3 peratus pada 2027 dan capai sasaran 3.0 peratus pada 2028 - PM Anwar | Keputusan tidak perkenalkan semula GST bagi lindungi rakyat berpendapatan rendah daripada beban cukai - PM | Kerajaan tidak akan perkenalkan semula GST kerana hasil kutipan SST setanding dengan kutipan GST - PM Anwar | Kerajaan terbuka tambah baik SST termasuk tangani isu cukai berganda, namun tetap tolak GST kerana bebankan rakyat - PM | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.35 pagi, kontrak November 2026 menurun 12.0 mata kepada 1,580.0, Disember 2026 berkurangan 9.5 mata kepada 1,582.5, Mac 2027 merosot 7.0 mata kepada 1,567.0 dan Jun 2027 menyusut 2.0 mata kepada 1,579.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,288 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,595 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI menurun 6.22 mata kepada 1,588.97 daripada 1,595.19 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner