BERITA TERKINI   Kes tetak: PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan perubatan HKL berjaya sambung semula pergelangan tangan anggota polis | Mesyuarat Kabinet berjalan lancar, kerajaan fokus isu pembangunan, kemudahan rakyat - PM Anwar | Malaysia belum menerima sebarang permintaan rasmi daripada Singapura atau Amerika Syarikat berhubung isu Megaspeed-Nvidia - PM Anwar | Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) dieksport semula dari Malaysia - PM Anwar | No indication chips have been re-exported from Malaysia - PM Anwar | 

Tiada Petunjuk Cip AI Berkaitan Isu Nvidia-Megaspeed Dieksport Dari Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada sebarang petunjuk tentang perkara itu,” kata beliau kepada pemberita hari ini apabila ditanya sama ada terdapat bukti cip tersebut dieksport keluar dari negara ini.

Anwar turut berkata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah memberikan laporan mengenai perkara itu pagi ini.

Ad Banner
Ad Banner

"Kami akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah, di Brickfields hari ini.

--BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner