BERITA TERKINI   Kes tetak: PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan perubatan HKL berjaya sambung semula pergelangan tangan anggota polis | Mesyuarat Kabinet berjalan lancar, kerajaan fokus isu pembangunan, kemudahan rakyat - PM Anwar | Malaysia belum menerima sebarang permintaan rasmi daripada Singapura atau Amerika Syarikat berhubung isu Megaspeed-Nvidia - PM Anwar | Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) dieksport semula dari Malaysia - PM Anwar | No indication chips have been re-exported from Malaysia - PM Anwar | 

Transaksi Harta Tanah Catat Pertumbuhan 0.7 Peratus Pada Suku Ketiga 2026

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Prestasi pasaran harta tanah negara pada suku ketiga 2026 berkembang 0.7 peratus, menokok kepada 108,990 transaksi berbanding suku ketiga 2025 dengan nilai transaksi sebanyak RM60.31 bilion.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Datuk Abdul Razak Yusak berkata pertumbuhan pasaran harta tanah merupakan tanda keyakinan industri terhadap inisiatif strategik kerajaan melalui kerangka Ekonomi MADANI yang menyediakan asas untuk memperkukuh pasaran harta tanah dan memberi manfaat kepada rakyat. 

Inisiatif digariskan dalam Belanjawan 2026 antaranya meningkatkan jaminan kerajaan sehingga RM20 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ke atas pembiayaan perumahan telah menggalakkan permintaan pasaran harta tanah.

Ad Banner
Ad Banner

“Ia sekali gus memastikan rakyat mempunyai peluang memiliki rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena pelancaran Siaran Pasaran Harta Suku Ketiga Tahun 2026. 

Menurut JPPH dalam kenyataan sama, pergerakan harga kekal stabil manakala aktiviti pembinaan bagi subsektor kediaman, komersial dan industri terus aktif.

Intipati lain prestasi pasaran harta tanah suku ketiga 2026 ialah bilangan transaksi subsektor kediaman kekal mendominasi pasaran harta tanah dengan menyumbang syer terbesar sebanyak 61 peratus dan diikuti subsektor pertanian sebanyak 18.5 peratus. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Prestasi tahun ke tahun menunjukkan subsektor komersial berkembang sebanyak 5.3 peratus manakala tanah pembangunan sebanyak 5.2 peratus.

“Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) mencatat pertumbuhan positif 0.5 peratus, berada pada paras 235.4 mata dengan harga purata RM507,809 seunit,” menurutnya.

Pasaran harta tanah dijangka mengekalkan prestasi yang stabil seiring dengan pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia. 

“Keberkesanan inisiatif Kerajaan MADANI menyaksikan transaksi rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah mendominasi subsektor kediaman dengan menguasai lebih 50 peratus daripada jumlah transaksi kediaman. 

“Prospek positif ini akan terus kukuh, disokong oleh pergerakan harga yang stabil, aktiviti pembinaan yang aktif dan pertumbuhan transaksi dalam subsektor terpilih,” menurut JPPH.

Bagaimanapun, katanya prospek pasaran secara keseluruhan masih terdedah kepada kesan perubahan ekonomi luaran dan kekangan dari segi kemampuan pemilikan harta tanah. 

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan sokongan pelaksanaan inisiatif strategik Kerajaan MADANI secara berterusan menjadi pemangkin momentum pertumbuhan pasaran harta tanah yang stabil,” menurutnya.

JPPH akan terus memperkukuh pemantauan secara komprehensif dan berterusan terhadap dinamik penawaran dan permintaan pasaran harta tanah negara bagi memastikan pertumbuhan pasaran yang lebih seimbang dan mampan. 

-- BERNAMA