BERITA TERKINI   Kes tetak: PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan perubatan HKL berjaya sambung semula pergelangan tangan anggota polis | Mesyuarat Kabinet berjalan lancar, kerajaan fokus isu pembangunan, kemudahan rakyat - PM Anwar | Malaysia belum menerima sebarang permintaan rasmi daripada Singapura atau Amerika Syarikat berhubung isu Megaspeed-Nvidia - PM Anwar | Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) dieksport semula dari Malaysia - PM Anwar | No indication chips have been re-exported from Malaysia - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh sentimen dagangan yang berhati-hati, sejajar dengan aliran penurunan di kebanyakan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 3.40 mata kepada 1,582.56 daripada 1,585.96 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.47 mata kepada 1,585.49 dan bergerak antara 1,581.55 dan 1,588.10 pada sesi dagangan pagi.

Ad Banner
Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh kekal negatif, dengan 541 kaunter rugi mengatasi 294 kaunter untung manakala 468 kaunter tidak berubah, 2,784 kekal tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.59 bilion unit bernilai RM948.03 juta.

Pada peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menurun 0.88 peratus kepada 5,236.06, Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.92 peratus kepada 23,786.48 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan merosot 0.76 peratus kepada 5,302.08.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sebaliknya, Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai menambah 0.22 peratus kepada 3,663.71 dan Nikkei 225 Jepun meningkat 0.87 peratus kepada 61,350.99.

Semalaman, Wall Street Amerika Syarikat (AS) kembali berdepan tekanan jualan susulan krisis kepimpinan Nvidia yang meruncing, mendorong penilaian semula risiko yang mendadak dalam ekosistem pelaburan kecerdasan buatan (AI).

Semalam, Nvidia mengumumkan pengasas bersamanya, Jensen Huang telah meletak jawatan sebagai Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa serta-merta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd memaklumkan pelabur akan turut meneliti data Indeks Harga Pengeluar AS yang dijadualkan dikeluarkan pada Jumaat dalam hasil bon Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat kepada 5.13 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB menurun empat sen kepada RM7.05, Tenaga Nasional berkurangan 18 sen kepada RM12.62, Public Bank tidak berubah pada RM4.53 manakala IHH Healthcare meningkat 10 sen kepada RM7.94 dan Maybank naik satu sen kepada RM9.92.

Dalam dagangan aktif, MAG Holdings berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen, CHB Engineering Holding menurun 14 sen kepada 68 sen, V.S Industry merosot satu sen kepada 27.5 sen manakala Zetrix AI dan Nexgram, masing-masing mendatar pada 5.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, United Plantations meningkat 16 sen kepada RM31.76, P.I.E Industrial naik 18 sen kepada RM1.68, Sarawak Oil Palms menambah 14 sen kepada RM5.45, Hengyuan Refining Company menokok 13 sen kepada RM2.73 dan Master-Pack naik 13 sen kepada RM1.55.

UMS Integration mendahului senarai kaunter paling rugi, menurun 34 sen kepada RM6.86, Sunway Construction berkurangan 33 sen kepada RM7.74, Allianz Malaysia merosot 30 sen kepada RM19.16, Kuala Lumpur Kepong dan Dutch Lady Milk Industries, masing-masing menyusut 22 sen kepada RM21.16 dan RM28.28.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menurun 25.02 mata kepada 11,763.07 dan Indeks FBM Top 100 berkurangan 25.38 mata kepada 11,593.87.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 31.47 mata kepada 11,741.79, Indeks FBM ACE menyusut 76.49 mata kepada 5,110.42 dan Indeks FBM Mid 70 berkurangan 38.79 mata kepada 16,909.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 23.27 mata kepada 18,433.52, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.33 mata kepada 170.69, Indeks Perladangan berkurangan 22.13 mata kepada 8,897.14 manakala Indeks Tenaga meningkat 1.18 mata kepada 783.00.

-- BERNAMA